Majoriti mahu BN kekal tadbir Pusat


Kuala Lumpur: Majoriti rakyat mahu Barisan Nasional (BN) kekal menerajui kerajaan Pusat selain yakin parti itu akan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

BN juga dikatakan mampu merampas kembali Selangor dengan memenangi 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berdasarkan reputasinya, profil pemilih berdaftar terkini serta keputusan PRU-11 dan PRU-12.

Demikian dapatan kajian ilmiah dua universiti, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dibentangkan pada Perbincangan Meja Bulat PRU-13: Malaysia Pilih Siapa? anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) di sini, semalam.
Kajian UUM menunjukkan 58 peratus daripada 10,800 responden berumur 21 tahun ke atas berpendirian BN perlu kekal menerajui kerajaan Persekutuan. Kajian itu dibentangkan Pengarah Pusat Penyelidikan Koridor Utara (NCRC) UUM, Prof Madya Dr Rohana Yusof.

Dapatan UUM turut disokong kajian UKM membabitkan 1,400 responden yang dibentangkan oleh Pengerusi Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Prof Madya Dr Fuad Mat Jali.

Kajian Fuad mendapati 69.6 peratus daripada responden menyatakan BN akan memenangi PRU-13 dengan 37.5 peratus menjangkakan majoriti dua pertiga, manakala 32.1 peratus lagi majoriti mudah.

Tak yakin MB Selangor
Mengenai Selangor, kajian itu menunjukkan 46.4 peratus responden memilih BN, 19.7 peratus pakatan pembangkang, 28.6 peratus tidak pasti dan 1.8 peratus lain-lain.

Alasannya, 65.3 peratus responden menyatakan kurang persefahaman antara pemimpin pembangkang dalam membuat keputusan, manakala 66.4 peratus berpendapat masalah sosial terus meningkat di Selangor.

Kajian itu juga mendapati Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendapat undian paling rendah di kalangan pemimpin negeri.

Sebanyak 55 peratus tidak yakin kerajaan pimpinan Khalid dapat menyelesaikan pelbagai masalah di negeri itu, termasuk isu murtad, perumahan, kemudahan sosial, kebajikan dan pengangguran, selain berpendapat pembangunan yang dirancang kerajaan negeri banyak merugikan kaum Melayu daripada aspek penyertaan dan pemilikan.

Mengenai potensi BN di Kedah, kajian UUM mendapati 54 peratus responden berpendapat kerajaan negeri PAS tidak wajar dikekalkan, 52 peratus menolak tanggapan pemerintahan parti Islam itu lebih baik berbanding kerajaan BN sebelumnya.

Kajian itu juga mendapati rakyat Kedah berpuas hati dengan situasi politik dan prestasi ekonomi Malaysia berbanding pencapaian negeri itu. Mereka melihat Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak berkeupayaan melaksanakan tanggungjawab diharap pengundi.

Mari mengundi, mari mengundi, tunaikan kewajipan anda semua. Marilah mari, mari mengundi tunai kan lah kewajipan anda semua.



Ulasan