Lima Gajah Denak Bantu Pindahkan Dua Gajah Di Hulu Besut


BESUT, 27 Julai (Bernama) -- Lima gajah denak dari Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, Lancang, Pahang diperlukan untuk membantu memindahkan dua ekor gajah yang ditangkap di Hulu Besut pada petang Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Yusof Shariff berkata kedua-dua gajah akan dipindahkan ke habitat asalnya di Sungai Ketiar, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

"Pada masa ini gajah tersebut ditempatkan di Sungai Tenang, Lata Tembakah dan proses pemindahan akan dibantu oleh lima ekor gajah serta kakitangan dari pusat berkenaan dan juga bantuan daripada anggota Perhilitan Terengganu," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Pada petang Isnin lalu, dua ekor gajah yang terdiri daripada gajah jantan berumur lapan tahun dan ibunya berumur 20 tahun ditangkap pada 2 petang oleh Unit Gajah Perhilitan negeri ini.

Penangkapan dua ekor gajah itu nyata melegakan penduduk kampung di kawasan itu yang sebelum ini bimbang diganggu gajah berkenaan termasuk kejadian seorang penduduk yang hampir diserang gajah berkenaan ketika mencari durian di kawasan Lata Tembakah.

-- BERNAMA

Ini dikatakan "bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemuadian" (ayat sebuah dokomentari gajah dala tv1 dulu).


Ulasan