Kenapakah To`Ki Tak Tahu Dia Dituduh Minta Sedekah


KUALA LUMPUR, 27 JULAI 2012: Berita yang mengatakan bahawa penyanyi popular sekitar 90-an, To'ki kononnya telah ditemui dalam keadaan meminta sedekah di sekitar kawasan pasar borong Selayang beberapa bulan yang lepas benar-benar mengejutkan banyak pihak.

Biarpun sudah membuat penjelasan di dalam beberapa media, namun isu tersebut masih lagi diperkatakan.

Sewaktu menghadiri majlis berbuka puasa dan penyerahan cek royalti kepada ahli PRISM di Restoran Seri Melayu kelmarin, portal Murai berkesempatan untuk bertemu dengan penyanyi lagu Hampa ini. Jelas keadaan dirinya masih lagi tidak terurus dan tidak kelihatan seperti seorang peminta sedekah.

"Saya tidak tahu mengapa orang cakap begitu mengenai saya. Bagi mereka yang bercakap dan yang nak percaya terpulanglah, saya tiada hak untuk halang mereka berbuat begitu.

"Perkara macam ini sudah biasa. Sebagai anak seni orang akan sentiasa memerhati gerak geri kita tetapi saya tidak mahu komen lebih dan yang pasti orang tersebut bukan saya.

"Benda-benda macam ini saya tidak boleh menggelabah. Sebab sudah biasa dan sudah lama berada dalam industri. Jadi tak guna kalau saya melenting dan membesarkan isu tersebut kerana ini adalah asam garam dunia seni,"jelas kepada murai.com.my.

Ditanyakan mengenai aktiviti seninya sekarang, To'ki atau Muhd Zaki Mansur kini masih meneruskan kariernya seperti biasa dan sibuk dengan mengadakan persembahan korporat.

"Masih lagi mengadakan persembahan jika ada jemputan dan menjelang ramadaan ini agak sibuk juga memenuhi undangan menyanyi. Insya Allah dalam masa terdekat saya akan keluarkan album EP yang mengandungi 4 lagu buat peminat yang sudah sekian lama menanti lagu terbaru daripada saya,"tambahnya lagi.

is tak berapa minat lagu lagu To'ki sebab is lebih minat lagu lagu daripada Bumiputerarockers. Lagu jenis yang To'Ki bawa nie kalau Hattan dengan Abang Aris Ariwatan boleh aa dengar sebab hari-2 keluar tv dulu masa puasa semua drama Melayu petang-petang guna lagu dorang.


Ulasan