Kenapa Safura Ni Selalu Mimpikan Arwah Nur Aisyah Mariam?


KUALA LUMPUR, 27 JULAI 2012: Ketabahan hati penyanyi, pelakon dan penggiat teater, Safura Ya'cob wajar dijadikan contoh buat kita semua supaya ianya dapat dijadikan penguat semangat terutama bagi mereka yang melalui dugaan yang sama sepertinya.

Lebih kurang 10 hari selepas pemergian anak tercinta, sekali lagi diuji apabila bapanya juga turut pergi menyahut seruan Illahi. Ini semua dilaluinya dengan tenang dan bagi Safura setiap yang berlaku pasti ada hikmah daripadaNya.

Dia yang kehilangan anak perempuannya, Nur Aisyah Mariam serta bapanya pada tahun lalu kini memilih untuk berehat daripada berlakon dan banyak menghabiskan masa bersama keluarga.

Biarpun pada mulanya penyanyi dan pelakon ini agak keberatan untuk bercerita, namun Safura yang ditemani suaminya, pelakon Sharonizam Noor pada majlis berbuka puasa dan penyerahan cek royalti ahli PRISM di Restoran Seri Melayu semalam akhirnya mengalah dan bersedia berkongsi apa yangterpendam di lubuk hatinya itu selepas pemergian anak tercintanya.

"Pada permulaan ramadaan baru-baru ini saya ada termimpikan arwah Nur Aisyah Mariam. Saya memang sering teringatkan dia. Hampir setahun dia meninggalkan kami.

"Sekarang pun jika saya ada masa terluang dua atau tiga kali seminggu saya akan menziarahi kuburnya. Tetapi saya sudah reda dengan ketentuan ini dan menganggap ia adalah qada dan qadar.

"Ketika pemergian Nur Aisyah Mariam pada masa itu saya sedang menjalani penggambaran bagi sebuah telefilem dan itu yang terakhir. Buat masa ini saya memutuskan untuk berehat.

"Sehingga kini sudah lebih 10 bulan saya tidak mengambil sebarang tawaran berlakon, saya belum lagi bersedia untuk tinggalkan anak-anak untuk tempoh dan jangka masa yang lama. Selepas pemergian Nur Aisyah Mariam saya melahirkan Zara Nur Aisyah dan sekarang dia baru berusia7 bulan.

"Tawaran nyanyian ada juga saya ambil kerana ia tidak memakan masa yang panjang seperti berlakon yang perlu berada di set untuk jangka masa yang panjang. Nyanyian adalah jiwa saya, jika tiada sebarang halangan saya cuba penuhi," ujarnya panjang lebar.

Anak pertama hasil perkahwinannya dengan Sharonizam Noor itu telah dikatakan mengalami demam panas yang berpanjangan serta dijangkiti kuman pada paru-paru. Kini Safura sibuk menjaga Yusoff Firdaus serta Zara NurAisyah yang baru berusia tujuh bulan.

Dia menerima semua ketentuan ini dan dia percaya setiap orang pasti menerima ujian dan dugaan daripadaNya, lalu meredakan pemergian anaknya itu.

"Setiap insan itu pasti menerima dugaan daripada Allah SWT dan ujian tersebut tidak sama pada setiap daripada kita. Tetapi saya tahu walaupun dugaan berbeza diberikan kepada kami, tetapi sakitnya tetap sama. Sakit yang tidak ada ubatnya melainkan kita meredakan ketentuan yang sudah tertulis.

"Kita semua akan kembali kepada Allah yang satu dan Allah lebih menyayangi anak saya itu. Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat Nur Aisyah Mariam,"tambahnya lagi.

Sepanjang ramadan ini juga, Safura turut memenuhi masa dengan menjalankan bisnes menjual kek lapis kerana berehat daripada menjalani sebarang aktiviti seni untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga.

Sabar je lah Kak Safura, itu semua ujian daripada Allah S.W.T, kadang-2 termimpi itu tandanya kita rindukan pada si arwah, jadi baik kita banyakkan sedekah Yassin dan wirid-wirid kepadanya.


Ulasan