Awal pagi tadi rakyat Malaysia telah digemparkan dengan Twitter daripada Mamat Sepah yang berbunyi, ”Zed Zaidi xcident, doakan beliau selamat. amin ~ info Ruthle Adam.”
Setelah dikenal pasti, rupanya twit yang disebarkan oleh Mamat Sepah itu hanya satu berita palsu dan ianya sama sekali tidak benar. Foto kemalangan Zed Zaidi yang disebarkan di twitter sebenarnya hanyalah satu adegan babak kemalangan dalam drama yang dilakonkan oleh beliau.
Perbuatan Mamat Sepah yang menyebarkan berita ini merupakan satu perkara yang tak sepatutnya berlaku. Seharusnya perkara yang melibatkan nyawa seseorang sebegini haruslah diselidik terlebih dahulu kebenarannya. Tambahan pula, ada pepatah mengatakan, “Setiap kata-kata itu adalah doa”.
Oleh itu, nasihat bagi individu yang ingin bergurau di bulan Ramadhan ini, anda seharusnya fikir akan perasaan orang disekeliling anda. Fikir-fikirkan dan selamat beramal di bulan yang mulia ini.
Yang korang suka sangat percaya kat bendalah Twitter tu apa hal? Dia tweet camtu sebab nak pancing trend, korang yang percaya nie pun tak mengaji twitter tu untuk apa, dia untuk pancing trend, kaji trend, topic, topic exchange, link referral, dan sebagainya yang sememangnya istimewa untuk bidang advertisement nie, bukannya untuk update info atau berita semasa semata-mata.
Ulasan
Catat Ulasan
Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.