Kenapa lah Sharifah Amani Pilih Jadi Pelacur Dalam Redemption Night


KUALA LUMPUR, 26 JULAI 2012: Baru-baru ini, ada wartawan Gengmurai terbaca mengenai aktiviti seni terbaru daripada pelakon kecil molek berbakat besar iaitu Sharifah Amani. Di laman Twitter rasminya itu dia ada menulis bahawa dia baru saja selesai menonton trailer bagi filem produksi Jepun lakonannya, berjudul Redemption Night.

Bagi mendapatkan pengesahan dan cerita di sebalik penglibatannya dalam filem daripada luar, portal Murai cuba menghubungi anak kepada guru lakon, Fatimah Abu Bakar ini. Sharifah Amani atau lebih dikenali dengan nama Nani berkata, Redemption Night sebenarnya tercetus rentetan daripada projek filem terakhir arwah Yasmin Ahmad.

"Arwah mahu bikin filem Jepun yang diberikan nama Wasurenagusa. Untuk Wasurenagusa, saya dan Yasmin telah berkunjung ke Jepun bagi mencari lokasi yang sesuai dan berkenalan dengan rakan produksi di sana. Biarpun tidak dapat merealisasikan Wasuranegusa, namun sebuah pihak produksi di Jepun telah menghubungi saya untuk menjayakan sebuah filem.

"Pengarah bagi filem tersebut juga merupakan rakan kepada Pete Teo dan saya ditawarkan watak sebagai Ryn iaitu seorang pelacur yang mempunyai seorang anak lelaki. Filem ini telah menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur.

"Dengan kisah dan jalan cerita yang gelap, saya turut beraksi di samping pelakon daripada Jepun serta teman Bront Palarae yang juga turut terlibat dalam pembikinan filem ini. Tetapi saya tidak tahu samada ada ia akan ditayangkan di Malaysia ataupun tidak kerana ini ada sebuah filem independent daripada Jepun dan di sana juga belum tahu bila tarikh tayangannya.

"Seperti biasa genre filem sebegini dihasilkan kerana karya dan jalan cerita filemnya dan bukannya kerana mahu mencari populariti. Namun begitu, saya mahu ahli keluarga dan rakan berpeluang menonton lakonan saya dalam Redemption Night ini,"ulasnya kepada murai.com.my mengenai penglibatannya dalam filem arahan Hasao Takato itu.

Sharifah Amani ketika dihubungi baru sahaja selesai menjalani sesi penggambaran untuk poster filem tersebut. Ketika ini dia telah berpeluang untuk menonton trailer bagi filem lakonannya itu.

Dia kini sedang dalam proses menghabiskan filem pendek arahannya bagi program televisyen di Astro yang berjudul My Hometown.

Kenapalah Sharifah Amani pi pilih watak jadi pelacur? Kalau tidak Amani nie paling is admire sejak dia sekolah lagi, sebab dia punya rambut saja is sangat suka pada dia. Tapi sekarang tidak lagi. ;P

Ulasan