Kajang: Sebuah hotel empat bintang di sini diserbu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) selepas dipercayai menawarkan bufet Ramadan tanpa pengesahan halal.
Dalam serbuan kira-kira jam 3 petang semalam, pengurusan hotel yang terkejut dengan kehadiran pegawai JAKIM, mendakwa sudah memohon sijil halal.
Bagaimanapun, mereka gagal menunjukkan sebarang bukti. Pemeriksaan JAKIM kemudiannya pula mendapati pihak hotel juga tidak menitikberatkan aspek kebersihan dan kualiti bahan masakan.
Boleh didakwa jika tiada sijil halal sah
Ketua Penolong Pengarah Kanan Pemantauan dan Penguatkuasaan Cawangan Hub Halal JAKIM, Azizan Shaari, berkata mana-mana pihak yang menawarkan bufet Ramadan tanpa sijil halal sah, boleh didakwa mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM200,000 jika sabit kesalahan.
Dalam pemeriksaan itu, kami juga merampas risalah dan kain rentang dicetak pihak hotel bagi tujuan hebahan kepada orang ramai mengenai tawaran bufet ini.
Kertas siasatan kes ini akan dikendalikan KPDNKK, katanya ketika ditemui selepas operasi terbabit.
Gerakan berkenaan yang berakhir jam 4 petang disertai lapan pegawai JAKIM serta tiga dari KPDNKK.
Sehubungan itu, Azizan turut mengingatkan orang ramai terutama umat Islam supaya lebih berhati-hati memilih lokasi berbuka bagi mengelak mengunjungi premis yang tidak mempunyai sijil halal.
Saya orang ramai khususnya umat Islam supaya lebih berhati-hati dengan hanya memilih lokasi untuk berbuka puasa yang ada sijil halal sah yang dikeluarkan oleh JAKIM, katanya.
Ekeleh, JAKIM pun, nak nasihat orang jangan pegi makan sana sini, tempat dia serbu tu announce kan la, apa takut kena saman ka takut tak dapat duit bulan? Bukan niat nak mempersendakan JAKIM tapi JAKIM sendiri dok telan apa yang dorang jumpa, tak mau bagi tau habis-habis. Cuba terus terang. Kebenaran itu Wajib dan perlu ditegakkan dan perlu dinyatakan secara terang terangan.
Ulasan
Catat Ulasan
Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.