Kenapa Fatimah Abu Bakar Masih Rindukan Pengarah Yasmin Ahmad Pula?


KUALA LUMPUR, 25 JULAI 2012: Meskipun hari ini genap 3 tahun pemergian sutradara filem dan iklan terkenal, Yasmin Ahmad dari industri seni hiburan tanah air, namun kreativiti dan karya Allahyarhamah di dalam seni layar nyata masih tidak boleh dilupakan sehingga kini.

Malah, individu yang diketahui paling rapat dengan arwah iaitu pelakon dan bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia, Fatimah Abu Bakar turut mengakui sering merindui sikap riang rakan akrabnya itu ketika bersama dahulu.

"Saya sangat rindukan arwah, sehinggakan setiap masa dia seperti memberi kesan kepada kehidupan saya terutamanya dari kata-katanya serta perlakuannya yang sentiasa riang dan menghormati orang lain.

"Sehinggakan, saya dan anak-anak juga turut rasa kekosongan yang sehingga kini tidak boleh dipenuhi oleh sesiapa.

"Paling saya rindu adalah pesanan ringkas (SMS) daripadanya kerana dia sangat riang dan kelakar bila mengirimkan SMS kepada saya. Ada sahaja topik yang hendak dibincangkan termasuk mengenai anak saya Nani (Sharifah Amani) yang sudah dianggap seperti anaknya ketika dia bekerjasama dalam setiap arahannya.

"Tapi sayang, semua SMS itu yang saya simpan itu sudah tiada kerana telefon bimbit yang saya gunakan ketika itu sudah pun hilang dicuri orang. Jika tidak, saya akan kerap membacanya kembali sambil ketawa sendiri," kata ketika dihubungi murai.com.my

Yasmin Ahmad yang meninggal dunia akibat pendarahan teruk di otak pada 25 Julai 2009 merupakan pengarah tersohor untuk filem Gubra, Sepet, Muallaf, Mukhsin dan Talentime serta beberapa iklan syarikat pembekal petrol terkenal, Petronas ketika musim perayaan.

Walaubagaimanapun, hanya satu cara saja yang dilakukan oleh Fatimah Abu Bakar untuk mengubati sedikit kerinduannya nterhadap rakan karibnya itu iaitu dengan membaca berulangkali tulisan di laman blog Yasmin Ahmad yang selalu dikutinya sejak dari dulu lagi.

"Memang dari semasa dia ada lagi, saya suka membaca setiap tulisan dari blognya. Bagi saya dia seorang storyteller yang sangat bagus dan saya gemar dan seronok membaca setiap tulisannya.

"Sehinggakan semasa hidupnya saya selalu bergaduh dan marah jika dia mengambil masa yang terlalu lama untuk mengemas kini blognya, malah saya selalu memaksanya untuk menulis dengan segera ke dalam blognya mengenai apa jua pengalaman serta pemerhatiannya yang perlu diluahkannya.

"Kini, setelah ketiadaannya, saya masih lagi membaca blognya berulang kali tanpan bosan. Cuma sedih kerana tidak lagi dapat membaca hasil tulisannya yang baru di dalam blog tersebut," jelasnya lagi.

Bercerita lanjut mengenai rakan karibanya itu lagi, Fatimah Abu Bakar atau mesra dengan panggilan Cikgu Fati memberitahu dia sehingga kini masih belum menemui individu yang boleh menggantikan pengarah tersohor seperti Yasmin Ahmad.

"Bagi saya dia seorang yang sangat unik dan sudah tentu tiada siapa dapat menggantikannya , sama juga seperti seniman tersohor P. Ramlee dan Sudirman.Namun, saya percaya, satu hari nanti pasti akan ada seseorang yang punya nilai kreatif sepertinya di masa akan datang

"Cuma saya tidak nafikan nilai-nilai murni dan perpaduan yang cuba dia terapkan di dalam setiap karyanya itu sudah mula dilihat di dalam pengkarya sutradara lain yang sudah mula cuba mengikut jejak langkahnya," beritahunya lagi.

Dalam pada itu, Cikgu Fati turut melahirkan rasa terkilan kerana banyak lagi usaha Yasmin yang ingin dilakukannya yang tidak kesampaian pada saat kegemilangan rakannya itu sedang memuncak.

"Rasa sayang dan terkilan itu sangat saya rasai kerana masih banyak perkara dan peracangan yang mahu dilaksanakannya itu tidak kesampaian atau tidak dapat diteruskan dalam industri seni tanah air ini, termasuklah dalam melahirkan karya-karya yang sememangnya mampu memberi sumbangan yang sangat bermakna kepada masyarakat.

"Namun tidak mengapa, saya percaya setiap yang diatur oleh Tuhan itu ada hikmahnya," tambahnya lagi.

Cikgu Fati yang sedang mengendalikan bengkel media untuk syarikat milliknya, Salt Media itu baru sahaja menjalani penggambaran rakaman iklan untuk hari raya bagi syarikat TM (Telekom Malaysia).

Is malas nak komen pasal Allahyarhamah nie, dia dah tak da, tapi apa yang is nak katakan, file dia ada yang is suka ada yang is tak suka, terutamanya filem sepet tu. That's all, oopppss I'm sound so stupid when I speak in English.


Ulasan