Kemalangan Ngeri Di Arau: Diseret kereta api


Arau: Tindakan seorang warga emas memotong barisan beberapa kereta yang berhenti di lintasan kereta api di Kampung Ngulang, di sini, membawa padah apabila dia maut selepas keretanya dirempuh kereta api terbabit, petang semalam.

Dalam kejadian pada jam 3 petang itu mangsa, Yahaya Kassim, 74, dari Batu 1 Kampung Ngulang, di sini, yang memandu kereta Proton Wira dikatakan terlajak ketika menghampiri landasan lalu melanggar palang penghadang, sebelum dirempuh kereta api membawa kontena dalam perjalanan dari Butterworth, Pulau Pinang ke Padang Besar, dekat sini. Terseret lebih 10 meter
Rempuhan kuat menyebabkan kereta mangsa terseret lebih 10 meter dan remuk teruk. Mangsa cedera parah di kepala dan badan disahkan meninggal di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini pada jam 5.30 petang.


Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, siasatan awal mendapati kereta mangsa dipercayai melepasi palang ketika kereta api yang dalam perjalanan ke Padang Besar berada pada jarak lima meter.


Sementara itu, anak kedua mangsa, Asri, 50, berkata, ketika kejadian bapanya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barangan keperluan dapur untuk dimasak ibunya, Rosnah Abdullah, 72.
Ayah akan pergi membeli keperluan berbuka setiap hari dan tadi (semalam) dia pergi membeli telur lebih 60 biji bagi keperluan ibu memasak masakan kegemarannya.

Tak percaya bapa nahas 

Sebaik mendapat berita mengenai kejadian itu saya tidak percaya, tetapi apabila tiba di hospital dan melihat jenazah ayah barulah saya percaya.

Saya terima kejadian ini sebagai ketentuan Ilahi, katanya ketika di temui di sini, semalam.

Seorang saksi yang juga pengawal di lintasan berkenaan yang mahu dikenali sebagai Khairul berkata, sebelum menurunkan penghadang dia sudah memastikan semua kenderaan menunggu di belakang palang berkenaan.

Azal tak kenal masa dan waktu atau pun ketika, bukan maut yang dicari tetapi akan menimpa. Al-fathihah kepada simati.

Ulasan