FOREX: Ringgit Terus Tertekan Di Celah-Celah Situasi Tidak Menentu Minggu Depan


KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Ekonomi dunia yang tidak menentu dan kebimbangan yang berterusan berhubung krisis hutang Eropah dijangka memberi tekanan kepada ringgit berbanding dolar US minggu depan, kata para peniaga.

Mereka berkata mata wang Asia, termasuk ringgit, akan terus tertekan dalam jangka pendek ekoran situasi tidak menentu yang melingkari krisis hutang zon Euro.

"Walaupun Presiden Bank Pusat Eropah, Mario Draghi berkata bank akan campur tangan bagi mengelakkan rantau itu daripada runtuh, para pelabur berpendapat yang hala tuju serta merta untuk Eropah masih lagi kabur," kata seorang peniaga.

Beliau berkata pasaran akan terus berada dalam keadaan tertekan dan kebanyakan pelabur pula enggan mengambil pegangan secara besar-besaran.

"Tetapi, ringgit mungkin melantun semula jika para pemimpin EU bersepakat dan mendapatkan penyelesaian padu serta menyediakan lebih banyak mudah tunai kepada pasaran kewangan, sekali gus mengekang krisis itu daripada berlarutan.

Berdasarkan perbandingan Jumaat-Jumaat, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada 3.1600/1630 daripada 3.1450/1520 Jumaat lepas.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 2.5203/5247 daripada 2.5104/5138 pada hari Jumaat dan lebih rendah berbanding yen kepada 4.0430/0473 daripada 4.0064/0112 sebelumnya.

Mata wang tempatan lemah berbanding pound Britain kepada 4.9561/9618 daripada 4.9414/9471 minggu lepas dan lega berbanding euro kepada 3.8707/8750 daripada 3.8607/8650 Jumaat lepas.

-- BERNAMA

Alamak Ringgit Malaysia kena tekan minggu depan, nak kena bagi penampaq kat Amerika nie dok wat kacau tak tentu hala di atas muka bumi nie.

Ulasan