Dua Beradik Tiri Didakwa Bunuh Ibu Tiri


KLANG, 27 Julai (Bernama) -- Seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun dan kakak tirinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, Jumaat, atas tuduhan membunuh ibu tiri mereka dengan cara menekup muka mangsa menggunakan bantal.

Pelajar terbabit dan kakak tirinya yang berumur 29 tahun didakwa membunuh wanita berumur 72 tahun itu, yang juga seorang guru agama, di ruang tamu sebuah rumah di Taman Sri Wangi, Kapar di sini kira-kira 5.30 petang 14 Julai lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Dua beradik yang memakai pakaian reman berwarna ungu mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka oleh jurubahasa mahkamah.

Tiada pengakuan direkodkan.

-- BERNAMA

Kenapalah cetek sungguh ilmu agama Islam dikalangan remaja sekarang nie? Membunuh itu adalah satu dosa besar, walau pun seseorang iru jahat sekalipun tak semestinya perlu dibunuh. Berlaku di Terenganu pulak tu, Negeri yang tak pernah dijajah dan ramai yang menjadi wali dari sana.


Ulasan