KUALA LUMPUR, 26 JULAI 2012: Memahami situasi yang dialami pelawak, Mamat Sepah, pelakon serta Presiden Seniman, Zed Zaidi akui tidak menyalahkan tindakan ahli kumpulan Sepah itu yang telah memuat naik status serta fotonyayang mengatakan dia terlibat dalam kemalangan di dalam akuan Twitter peribadinya.
Malah Zed Zaidi menganggap niat Mamat Sepah itu adalah baik kerana dia telah menunjukkan keperihatinannya terhadap artis lain.
"Dalam hal ini, kita tak boleh nak salahkan sesiapa termasuk Mamat kerana saya faham, dia buat begitu kerana dia sebenarnya prihatin terhadap rakan artis seperti saya.
"Silapnya dia cepat percaya kepada desas-desus yang tersebar dan menyebarkannya sendiri tanpa bertanyakan hal sebenar kepada saya
"Lagipun dia ada menghubungi saya dan meminta maaf atas apa yang berlaku. Tetapi bagi saya tiada apa yang perlu dia minta maaf kerana ianya hanya kesilapan yang tidak disengajakan," katanya ketika dihubungi oleh murai.com.my
Foto yang disebarkan itu adalah adengan Zed Zaidi dalam sebuah penggambaran untuk sebuah telefilem yang berjudul Hijrah Jahiliyyah.
Ekoran daripada stautusnya itu, Mamat mendapat kecaman daripada ramai pihak kerana bersikap sambil lewa dengan penyebaran berita kemalangan tersebut.
Menurut Zed Zaidi, sebagai artis Mamat perlu menanggung risikonya dia atas tindakannya itu dan tidak cepat melatah dengan kata-kata kesat yang dilemparkan kepadanya.
"Bagi saya ianya perkara biasa apabila dia dihentam begitu. Mamat perlu anggap ianya hanya sebahagian asam garam sebagai seorang artis kerana setiap orang pasti akan memberi padangan yang berbeza iaitu sama ada positif atau negative.
"Namun sebagai seoang artis, dia tidak sepatutnya melayan atau memberi respon terhadap kata-kata kesat yang dilemparkan terhadapnya dan lebih baik berdiam diri sahaja.
"Jika tidak, dia perlu berkomunikasi dengan cara yang baik dan betul, bukan membalas balik dengan kata-kata kesat juga," jelasnya lagi.
Berikutan itu, selaku Presiden Seniman, Zed Zaidi menyarankan semua pihak terutama pihak artis dan media mendapat pengesahan berita yang melibatkan kemalangan atau kematian daripada persatuan Seniman dahulu, sebelum menyebarkannya.
"Saya nasihatkan kepada semua pihak agar merujuk kepada Seniman terlebih dahulu sebelum menyebarkan berita-berita yang serius seperti kematian dan kemalangan.
"Lagipun ianya dapat mengelak daripada berlakunya kejadian seperti ini. Kami tidak mahu ianya berterusan lagi seperti pernah terjadi kepada berita kematian palsu artis-artis seperti Remy Ishak, Osman Kering, Bob Kuman dan Dato' Aziz Satar," luahnya lagi.
Tengok Zed pun tak marah, benda-benda nie buatkan diri dia lagi glamor ada lah, betul tak is cakap Zed?
Ulasan
Catat Ulasan
Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.