Bayi Koma kena dera hingga pecah usus oleh kekasih ibu

KUANTAN: “Saya tidak akan memaafkannya dan tidak sesekali menerimanya semula,” kata Norhidayah Ahmad, 22, ibu kepada bayi berusia lapan bulan yang disahkan doktor pecah usus dipercayai akibat didera teman lelaki ibu kandungnya itu.

Norhidayah yang juga ibu tunggal berkata, dia tidak menyangka teman lelakinya berusia 19 tahun itu sanggup mendera Mohamad Adam Mikhail Abdullah kerana kekasihnya itu sangat menyayangi anaknya.

“Selepas apa yang berlaku, dia tidak boleh terlepas daripada perbuatannya.
Saya mahu dia rasa azab yang Adam rasa,” katanya yang ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, semalam.

Norhidayah berkata, dia hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena terhadap Adam apabila anaknya itu kelihatan tidak bermaya dan muntah-muntah ketika dia pulang dari tempat kerja, awal pagi kelmarin.

Sebelum itu, Norhidayah meninggalkan Adam kepada suspek ketika keluar bekerja di tapak ekspo di hadapan Terminal Makmur, di sini, jam 8 malam Isnin lalu dan pulang semula ke bilik sewa pada jam 3 pagi kelmarin.

Difahamkan kejadian berlaku Isnin lalu ketika ibu mangsa berusia 22 tahun keluar bekerja dan meninggalkan Muhammad Adam Mikail Abdullah bersama lelaki berusia 19 tahun di sebuah bilik disewa di Jalan Wong Ah Jang, di sini. Adam dalam keadaan kritikal selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak (PICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), kira-kira jam 11 pagi kelmarin, manakala laporan polis hanya dibuat ibunya, Nurhidayah Ahmad, jam 10 malam kelmarin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini.
Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Deputi Superintendan Azmi Jaafar, berkata sejam selepas laporan dibuat, polis menahan seorang lelaki berusia 19 tahun, di bandar ini yang mana ujian air kencing mendapati dia positif syabu.

Doktor melakukan pembedahan ke atas mangsa awal pagi semalam, dipercayai bagi membuang darah beku di kepalanya selain pemeriksaan lanjut pada hati dan usus berikutan kesan lebam teruk di bahagian perutnya.

Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2010, kata Azmi.

Sementara itu, Nurhidayah berkata, beliau tidak menyangka teman lelaki dikenali lebih setahun itu sanggup bersikap seperti binatang apabila memukul dan mendera anaknya yang ditinggalkan bersama suspek kira-kira jam 8 malam Isnin.

Saya keluar bekerja di tapak ekspo di depan Terminal Makmur dan pulang ke bilik sewa sekitar jam 3 pagi. Saya kemudian lihat Adam seperti lemah sebelum dia muntah. Saya bertanyakan suspek, dia menjawab tidak tahu dan menyalahkan saya kerana memberi Adam makan kerang beberapa jam sebelum keluar bekerja.

Tidak lama kemudian, keadaan Adam semakin teruk dan mukanya pucat sebelum saya mendapati beberapa kesan lebam pada badannya, malah kepalanya juga terasa lembik. Saya kemudian segera membawa Adam ke HTAA, katanya.

Tengok, macamnie lah wanita zaman sekarang. Bila dah khawin muda, bercerai semasa ada anak kecil, bila bercinta pula bersedudukan dengan kekasih sampai lahirkan anak, ingat kan Amerika saja yang dok buat, rupanya orang Melayu kita pun dok buat, kita lagi Amerika la. Takat nie dah dua kali is dengar berita kekasih ibu dera anak, dapat kat is orang yang dok dera anak kecil dan bayi nie aku bagi dia telan besi bunga pendek panjang satu hasta nie kang. Memang keturunan celaka dan sial orang macam nie. Macam mana la leh tangkap cinta si ibu tu? Ohw patutla isap ice (syabu), mulut memang manis laa.

Ulasan