Mari mulakan hidup yang ceria pagi ini

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ, Assalamualaikum w.b.t, dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog is pada pagi ini yang is kasihi. Apa khabar pada pagi ini, is rasa agak lama gak is tak merepek pada pagi2 nie memandangkan internet connection tak mengizinkan is untuk online pada pagi2 yang lepas.

Jadi korang tengah buat apa sekrang? Dah mulakan aktiviti harian ka belum? Bagi yang sedang bekerja is ucapkan selamat menjalan kan tugas. Lalulintas kat Penang pun is sendiri belum tengok berita adakah lancar atau pun sebalinya.





Cuaca hari is boleh la bagi tau kat korang, sekarang tengah mendung, awan senandung. Ada bunyi guruh tapi slow2 rock je dia menderam. Petanda satlagi tengahari atau petang nak hujan pulak nie. Jadi sapa2 yang pi kerja atau balik kerja, atau pi sekolah atau kolej yang naik motosikal, silalah bawa baju hujan bersama.

Dengan berkat بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ kita mulakan kehidupan kita dan aktiviti kita dengan nama Allah S.W.T yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, Tuhan Pencipta Alam. Korang baca bismillah tak untuk memulakan apa2 kerja korang pada hari ini atau lain2?

Ulasan