Best Ke Ressa Herlambang Berguru Vokal Dengan Cikgu Syafi?


KUALA LUMPUR, 26 JULAI 2012: Bagi anda yang sebelum ini pernah menonton program Akademi Fantasia pasti cukup mengenali figura guru vokal bernama Cikgu Syafi yang banyak memberikan tunjuk ajar kepada penuntut akademi tentang hal-hal yang berkaitan dengan vokal dan nyanyian.

Sejak tamatnya Akademi Fantasi, Cikgu Syafi dikhabarkan masih meneruskan kerjaya seni seperti biasa iatu dengan mengajar vokal kepada pelajar-pelajar yang mengambil jurusna tersebut mahu pun di kalangan individu yang mahu menimba ilmu untuk mengetahui cara dan teknik nyanyian yang betul.

Terbaru, penyanyi terkenal daripada seberang iaitu Ressa Herlambang dilaporkan telah mendapat khidmat Cikgu Syafi sebagai guru vokalnya. Untuk mendapatkan penjelasan ini, Portal Murai cuba mendapatkan kenyataan daripada Cikgu Syafi sendiri.

"Ya, memang benar. Dia berada di sini untuk berlatih vokal di bawah kelolaan saya. Namun, ini bukan kali pertama saya mengenali. Saya sudah kenal dia semenjak 2007 lagi.

"Mungkin ramai yang tidak tahu, dia juga pernah menghasilkan albumnya di Malaysia dan sering terbang ke sini atas urusan kerja. Saya kenal dia ketika menghadiri sidang akhbar album pertamanya dulu di Planet Hollywood Kuala Lumpur pada 2007 dan sejak itu kami terus berhubung selepas itu.

"Dia kini dalam rangka untuk mempromosikan single Cinta Suci yang terkandung dalam album @Ressa yang sudah pun berada di pasaran. Mungkin pelancaran album kedua ini akan dibuat selepas hari raya nanti,"ulas Cikgu Syafi panjang lebar kepada murai.com.my.

Menurut Cikgu Syafi, Ressa seorang individu yang mudah untuk bekerja bersama kerana dia sudah mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang muzik.

"Ressa seorang yang pendiam dan self-centered namun dia tahu apa yang dia mahukan, jadi tidak sukar untuk bekerjasama dengan penyanyi ini.

"Dia juga menerima segala tunjuk ajar dan memberi kerjasama yang baik ketika proses rakaman dan latihan dijalankan," ceritanya mengenai penyanyi yang pernah popular dengan lagu Menyesal itu.

Barang baik cikgu, takkan nak lepas kan? Kena la didik betul-betul, supaya menjadi vokalist terkenal.


Ulasan

Catat Ulasan

Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.