Azlin: Astro Gempak Medium Informasi Baru


KUALA LUMPUR, 18 JULAI 2012: Kemunculan pelbagai portal hiburan baru seiring dengan perkembangan semasa masa kini sentiasa dinanti oleh orang ramai. Memahami keperluan masyarakat masa ini, pihak Astro tampil dengan portal hiburan baru iaitu Astro Gempak.

Astro Gempak merupakan sebuah portal hiburan masa kini yang memaparkan informasi mengenai kesemua program hiburan saluran Melayu Astro selain rancangan lain.




Menurut Pengurus Kumpulan Saluran Hiburan Astro, Azlin Reza Azmi, kemunculan Astro Gempak sememangnya kena dengan masanya. Menerusi portal tersebut kata Azlin, segala maklumat mengenai saluran televisyen Melayu Astro dapat diketengahkan kepada orang ramai.

"Gempak merupakan satu medium di mana khalayak berpeluang untuk mengetahui pelbagai maklumat mengenai saluran Melayu Astro. Ia juga memudahkan kepada penonton Astro untuk mengetahui perkembangan dan informasi terbaru yang ada di saluran televisyen tersebut" katanya ketika dihubungi murai.com.my.

Astro Gempak mempunyai beberapa segmen antaranya hiburan menarik, berita semasa hiburan tempatan, antarabangsa, video muzik terbaru dan jadual menarik mingguan.

Jelas Azlin Reza Azmi lagi, selain penonton Astro dapat mengetahui mengenai maklumat terbaru setiap saluran televisyen mereka, ia juga secara tidak langsung mampu menarik minat orang ramai yang masih belum melanggan untuk memilih menjadi pelanggang saluran televisyen berbayar itu.

"Penonton Astro boleh tahu segala maklumat, hiburan menarik serta jadual harian dalam saluran televisyen Astro.
"Tetapi saya lihat kemunculan Gempak, secara tidak langsung akan dapat menarik orang ramai yang bukan pelanggang untuk melanggan saluran televisyen berbayar tersebut kelak.

Astro Gempak telah pun dilancar sejak 9 Julai lalu. Bagi yang ingin melayari portal Astro Gempak anda bolehlah melayarinya menerusi www.astrogempak.com.my.

Iyerker nak lancarkan portal sendiri astro? habis si murai tu nak letak kat mana? Hey korang tak touchup muka Azlin errkk? belemuih dah tuuu.

Ulasan