Rabu, 15 Mei 2013

NIC lokasi tarikan terbaru


Malaysia, rencana, Pusat Penghayatan Alam, NIC,Taman Wetland, Putrajaya, Pameran,
Ruang pameran tetamu kehormat yang menarik.


Bosan dengan urusan seharian? Apa kata luangkan masa anda dengan membawa keluarga mengunjungi Pusat Penghayatan Alam (NIC) yang terletak di Taman Wetland, Putrajaya.

Bukan sekadar pameran, pengunjung boleh merasai sendiri kehidupan yang ada di sini melalui pengisian multimedia, simulasi, kesan khas, bahan pameran statik dan interaktif, ruang dan peralatan bersifat edutainment dengan penggunaan teknologi terkini.

Malaysia, rencana, Pusat Penghayatan Alam, NIC,Taman Wetland, Putrajaya, Pameran,
Antara program yang diadakan untuk menarik lebih ramai pengunjung.

Dengan alat bantuan tersebut, anda seolah-olah mengembara ke dunia wetland bermula dari pintu masuk. Terdapat tiga tingkat ruang pameran di mana ruang pameran utama adalah aras lantai yang dibahagikan kepada lapan zon mengandungi kepentingan tasik dan Wetland yang dipaparkan melalui skrin projektor.

Kali pertama penulis mengunjungi NIC ini pada penghujung tahun lalu, dan baru-baru ini berkunjung lagi ke sini atas jemputan majlis perasmian pusat tersebut. Apa yang diperhatikan, pusat ini cukup memberi manfaat kepada pengunjung.

Bayangkan perkara yang tidak nampak dilihat seperti kehidupan bawah tanah anda boleh melihatnya dengan pameran statik. Melihat pameran tersebut, baru penulis dapat bayangkan kehidupan serangga seperti cacing yang berada di bawah sana.

Sentuhan pakar

Seluruh seisi keluarga dari kanak-kanak sehinggalah warga emas sesuai mengunjungi NIC kerana ia bersifat pembelajaran secara interaktif. Di aras bawah, terdapat pameran hidupan fauna wetland di dalam tanah, paya bakau dan air.

Ruang miniplex yang mengandungi skrin bersaiz 240 darjah menayangkan dokumentari berkaitan dengan flora dan fauna wetland, kehidupan Orang Asli kaum Semelai dan ancaman yang dihadapi oleh kawasan wetland seluruh dunia.

Dengan adanya bahan pameran menarik sebegini, pasti anak-anak tidak bosan malah tidak sabar untuk terus menerokai NIC. Di Aras Satu menempatkan pusat sumber yang mengandungi buku, majalah dan maklumat berkaitan wetland dan alam sekitar.

Ruang edutainment untuk pengisian program dan aktiviti juga disediakan. Pusat ini turut mendapat sentuhan pakar di mana pelbagai peralatan mekanikal dan teknologi maklumat terkini digunakan untuk menghasilkan visual dan pengalaman serta suasana yang lebih menarik dalam ekosistem wetland seperti aquagraphic, hologram dan sebagainya.

Ramai yang tidak tahu, salah satu komponen utama dan keunikan Putrajaya adalah tasik buatannya seluas 400 hektar yang diibaratkan sebagai permata mahkota dibangunkan sebagai tarikan pelancongan di samping sukan dan rekreasi.

Untuk memastikan kualiti air dan keindahan tasik terpelihara, sel-sel wetland memainkan peranan penting sebagai pelindung dan pengimbang sistem ekologi serta penapis air bagi Tasik Putrajaya.

NIC dibuka setiap hari bermula 9 pagi sehingga 5 petang kecuali ditutup pada Isnin. Sempena bulan sambutan Hari Wilayah Persekutuan, tiada bayaran masuk dikenakan kepada pelawat sehingga Perbadanan Putrajaya menetapkan kadar bayaran kelak.


WARTAWAN SINAR HARIAN
24 Februari 2013

Dari impian jadi realiti



Malaysia, Rencana, Sugeh, Jawa, Thorpe Ali, Shah Alam, hidangan, Padang, Timur Tengah, western, Suarez Grilled Chicken,  Goalie Beef Burger

Sugeh merupakan perkataan Jawa yang bermaksud kaya. Tidak hanya bermaksud kekayaan material, namun ia juga merujuk kepada keperibadian seseorang dan sebagainya. Namun, bagi Thorpe Ali, beliau mengharapkan aura sugeh mampu mengalir rezeki dalam kehidupan sehariannya. Lantas dengan bermatlamatkan cita-cita, Sugeh Café dibuka pada awal Januari lalu.

Terletak di Shah Alam, Thorpe yang merupakan pengarah terkenal berkata, impian untuk menceburi bidang kulinari ini sudah lama terpendam namun kesuntukan masa menyebabkan ianya di tangguh terlebih dahulu.

“Walau bagaimanapun, selepas selesai mengarah telefilem Sugeh pada tahun lalu, ruang yang ada saya ambil untuk membuat kajian dan penyelidikan sebelum membuka Sugeh Café ini,” katanya.

Uniknya menu!

Saat melangkah masuk ke café ini, penulis sudah dapat ‘menghidu’ konsep hidangan yang diketengahkan oleh pemiliknya. Perkataan Sugeh sudah cukup jelas menggambarkannya. Menurutnya, Sugeh Café mengetengahkan hidangan Padang, Timur Tengah dan western.

Malaysia, Rencana, Sugeh, Jawa, Thorpe Ali, Shah Alam, hidangan, Padang, Timur Tengah, western, Suarez Grilled Chicken,  Goalie Beef Burger
Pale Maradona Zidine Grill

“Di kawasan ini belum ada restoran atau kedai makan yang menyajikan masakan Padang, Timur Tengah dan western dalam satu bumbung. Jadi, saya memutuskan untuk memberi kelainan kepada penduduk yang tinggal di kawasan ini,” katanya.

Malaysia, Rencana, Sugeh, Jawa, Thorpe Ali, Shah Alam, hidangan, Padang, Timur Tengah, western, Suarez Grilled Chicken,  Goalie Beef Burger
Goalie beef buger

Menyentuh mengenai hidangan yang ditawarkan, beliau berkata, Nasi Goreng Ayam Sutradara dan Nasi Minyak Sugeh merupakan kegemaran pelanggannya.

“Rata- rata pelanggan yang datang gemar memesan menu signature dish Sugeh Café ini,” katanya.

Nasi Goreng Ayam Sutradara ini diolah mengikut cita rasa masyarakat Jawa atau Minang yang mempunyai rasa sedikit pedas dihidangkan bersama tempe, sambal lado dan sup.

Malaysia, Rencana, Sugeh, Jawa, Thorpe Ali, Shah Alam, hidangan, Padang, Timur Tengah, western, Suarez Grilled Chicken,  Goalie Beef Burger
Nasi Goreng Ayam Sutradara

“Kelainan inilah  memberi pengalaman berbeza kepada pelanggan kami yang datang menjamu selera di sini,” katanya.

Nasi Minyak Sugeh juga turut diolah untuk memberikan rasa berbeza dan pastinya enak pada sesiapa yang menikmatinya.

“Dengan menggunakan beras basmathi, nasi minyak ini dihidangkan bersama ayam goreng berempah, sambal lado dan sup. Ayam diperap sehari awal agar bahan perapan menyerap masuk ke dalam daging,” katanya.

Bagi mereka yang menggemari hidangan western, anda boleh mencuba Pele Maradona Zidane Grill dengan pilihan daging lembu, kambing dan ayam.

Suarez Grilled Chicken dan Goalie Beef Burger juga pasti tidak menghampakan.

Pelik dengan nama menu? Jangan risau kerana kemesraan kakitangan Sugeh Café boleh memberikan penjelasan lanjut mengenai menu yang ditawarkan.

Thorpe berkata, beliau bukan hanya memberi sentuhan baru terhadap rasa hidangan, namun juga nama menu juga diubah untuk menarik perhatian pelanggan.

“Pengunjung boleh melihat nama menu yang unik di dalam buku pesanan yang mana hidangan Sugeh Special diletakkan nama bersempena dengan elemen produksi,” katanya.

Sebagai contoh pengunjung boleh melihat perbezaan nama menunya antaranya Soto Sinematografi, Kway Teow Goreng Props, Mee Kari Pecah Penggung, Mee Sup Bajet Siput dan sebagainya.

“Pada part western, saya meletakkan nama menu bersempena nama kelab bola sepak yang diterajui oleh chef café ini iaitu One FC,”katanya.

Throphy Hotdog, Ref Grilled Lamb Chop, Coach Pitt Chicken Chop, Hatrick Mixed Grill, Ultras Fish & Chips, Champ Chicken Burger dan banyak lagi antara nama menu unik yang ada di Sugeh Café ini.

Pesan dan hantar

Sugeh juga turut memperkenalkan happy hours set antara jam 3 petang sehingga 7 malam setiap hari yang mana harganya serendah RM2 hingga RM5, termasuk minuman.

“Biasanya pada waktu petang, ramai yang menggemari makanan ringan seperti roti bakar, garlic bread, jejari kentang dan sebagainya untuk hi tea, jadi kami menawarkannya setiap hari bersama pilihan tea O, kopi O atau sirap mengikut selera pengunjung,” katanya.

Variasi bubur juga turut disediakan setiap hari seperti bubur kacang hijau sagu, bubur pulut hitam, pengat labu, bubur cacar, pengat pisang sagu, serawa durian dan sebagainya. Menyentuh mengenai perancangan, beliau bercadang untuk menambahkan beberapa menu lagi sebagai tambahan variasi kepada pelanggannya.

“Pada masa ini kami sedang membuat kajian resipi ikan bakar yang bakal diketengahkan kelak. Selain itu, pihak kami juga bercadang untuk mengadakan bufet hidangan Padang dalam masa terdekat iaitu sekitar Mac ini,” katanya.

Beliau berkata, buat masa ini, semua yang ditawarkan adalah ala carte dan akan dikekalkan juga apabila bufet itu berjalan pada bulan depan.

“Kami tidak ingin menyekat selera pelanggan malah ingin memberi lebih pilihan agar mereka berpuas hati dengan kualiti yang diberikan,” katanya.

Selain itu, Thorpe berkata, beliau akan memperkenalkan konsep penghantaran khas untuk penduduk Seksyen 9, Shah Alam.

“Jadi, jika pelanggan mempunyai kesukaran untuk menjamu selera di kafe, mereka boleh memesan hanya melalui telefon dan staf kami akan menghantarnya ke depan pintu rumah,” katanya.

Walaupun masih di awal pembukaan, Sugeh Café menerima sambutan menggalakkan daripada pelanggannya.

“Memang tidak disangka, ramai yang gemar dengan selera yang kami ketengahkan ini malah pelanggan Sugeh Café juga terdiri daripada berbilang bangsa dan agama. Ada juga pelanggan daripada Amerika Syarikat, China dan Jepun yang menjamu selera di sini dan memberikan respons baik terhadap hidangan yang dinikmati,” katanya.


WARTAWAN SINAR HARIAN
24 Februari 2013

Nyahkan lemak tubuh anda melalui Liposonix


Ahaaa ini rencana is suka sangat sebab kat luar sana ramai sahabat-sahabat is tengah mencari kaedah atau rawatan untuk buang lemak kan? So jom baca rencana nie is pun santhek menarik tertarik dah nie.

Malaysia, rencana, rawatan, buang, lemak, hanya, sejam, Liposonix, Pusat Perubatan Beverly Wilshire



KUALA LUMPUR - Sungguh menakjubkan! Hanya dalam tempoh sejam, berat badan anda akan berkurangan!. Semua orang mengidamkan bentuk tubuh yang menawan, tetapi ada kalanya, mengawal pemakanan dan bersenam sahaja tidak memadai untuk membantu anda memiliki bentuk tubuh sedemikian.

Di sinilah rawatan 'Liposonix', prosedur untuk mengurangkan lemak tanpa melibatkan pembedahan, boleh membantu anda. Rawatan selama sejam yang tidak memerlukan penjagaan susulan ini menggunakan teknologi ultrasound termaju yang mampu menghapuskan lemak yang tidak diingini untuk selama-lamanya, termasuk lemak yang dianggap degil.

Seseorang yang menjalani rawatan ini boleh terus kembali aktif aktiviti seharian, tanpa perlu berasa risau tentang kesan sampingan yang mungkin dialami. Bagaimanapun, hasil optimum daripada rawatan ini akan lebih ketara selepas lapan hingga 12 minggu.

Selamat     

Penulis beruntung kerana diberi peluang mencuba rawatan berkenaan baru-baru ini. Setelah yakin bahawa rawatan ini 100 peratus selamat dan merupakan suatu kaedah yang tidak bersifat invasif serta hanya memberi ketidakselesaan minimal, maka penulis bersetuju untuk menjalaninya. Sebelum menjalani rawatan, bakal pesakit akan ditemu bual dan diberi taklimat mengenai kaedah yang digunakan serta perkara yang akan dialami semasa rawatan.

Bagaimanaun, perlu ditegaskan bahawa mereka yang memiliki tisu adipos setebal kurang 1.0 sentimeter di bahagian yang ingin dirawat dan mereka yang menggunakan implan atau sebarang bendasing di kawasan yang ingin dirawat, tidak sesuai mendapatkan rawatan ini.

Ultrasound 

"Rawatan ini menggunakan tenaga ultrasound berkepadatan tinggi terfokus atau HIFU untuk mengurangkan lemak di bahagian pinggang, tanpa melibatkan pembedahan. Ketika rawatan, kepala alat Liposonix diletakkan pada bahagian yang hendak dirawat, tanpa mencederakan kulit. Hanya tisu lemak di bawah kulit yang akan musnah untuk selama-lamanya.

"Lemak yang dirawat itu akan dikeluarkan secara semula jadi," kata Dr Liow Tiong Sin, pakar estetik dan pengarah eksekutif Pusat Perubatan Beverly Wilshire di Kuala Lumpur.

Menurut Dr Liow, rawatan ini dikaji secara mendalam melalui penyelidikan dan ujian yang dilakukan selama lebih satu dekad dan sejak ia mula dicipta. Di Amerika Syarikat, sistem ini hanya digunakan untuk merawat abdomen dan bahagian sisi tubuh, manakala di negara Kesatuan Eropah (EU) dan Kanada, ia juga digunakan untuk merawat bahagian pinggul, paha dan punggung.

Liposonix lebih sesuai digunakan untuk lelaki dan wanita yang memiliki Indeks Massa Tubuh (BMI) tidak lebih 30. Ia pertama kali digunakan di Hong Kong pada Jun tahun lepas, manakala Malaysia menggunakan mesin pertamanya berharga RM360,000 mulai November 2012.

"Pesakit perlu berjumpa doktor untuk berbincang tentang bahagian yang hendak dirawat dan masa. Paling penting, mereka perlu mempunyai keyakinan terhadap sains di sebalik sistem Liposonix ini. Kebanyakan orang kembali bekerja atau menyambung aktiviti harian mereka pada hari berikutnya selepas menerima rawatan," Dr Liow menjelaskannya lagi.

Kemungkinan kesan sampingan 

Lazimnya, pesakit akan bertanya kepada doktor tentang kesan sampingan yang mungkin mereka alami selepas melalui prosedur ini (rawatan Liposonix). Selalunya, jawapan doktor ialah mereka boleh kembali aktif seperti sebelum mereka mendapatkan rawatan itu.

Malah, pesakit tidak memerlukan sebarang penjagaan khusus selepas menjalani prosedur ini. "Apa yang perlu mereka lakukan ialah terus mengamalkan diet dan gaya hidup
seperti yang diamalkan sebelum menerima rawatan ini," kata Dr Liow.

Ketika dirawat, ada pesakit yang mungkin berasa kurang selesa dan sakit. Selepas itu, kulit mungkin berubah menjadi merah, lebam, bengkak dan berasa tidak selesa untuk seketika.

"Saya telah lalui prosedur serupa melalui sistem Liposonix. Saya tahu bagaimana rasanya ketika menjalani rawatan ini. Adalah sesuatu yang normal sekiranya seseorang itu mengalami pelbagai rasa, kadangkala sejuk atau menyucuk, berdenyut atau panas. Bagaimanapun, secara umum, rasa dan kesan sampingan ini bersifat ringan sahaja," kata Dr Liow.

Doktor kelahiran Melaka ini memproleh ijazah dalam bidang perubatan daripada Universiti Malaya dan mempunyai 10 tahun pengalaman merawat pesakit yang mengalami masalah berkaitan estetik.

Menarik 

Wad estetik Pusat Perubatan Beverly Wilshire di Jalan Tun Razak sungguh bersih dan luas serta dilengkapi tingkap kaca yang besar untuk mewujudkan suasana terang serta lapang kepada penghuninya.

Bilik rawatannya juga kelihatan seperti dewan bedah lain, cuma tidak dilengkapi peralatan tajam.

Kini, semakin ramai mereka yang mementingkan keterampilan diri memilih kaedah ini untuk membuang lemak yang tidak mereka ingini untuk memiliki bentuk tubuh yang diimpikan. - Bernama

Kukuh semangat berpasukan


Malaysia, rencana, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, UTeM, program, Perintis
Peserta Perintis memanaskan badan sebelum program kembara lasak bermula.

SEMANGAT berpasukan merupakan satu elemen penting yang amat dititikberatkan demi mencapai misi dan visi sesebuah organisasi.

Berlandaskan kepentingan tersebut, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) baru-baru ini menganjurkan sebuah program yang dikenali sebagai Perintis bertujuan memperkukuhkan semangat berpasukan dan menyuntik pemikiran kreatif dalam kalangan warga kerjanya.

Seramai 120 staf Canselori terlibat dalam program itu, termasuk Naib Canselor UTeM Prof Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan yang mengikuti keseluruhan modul latihan.

Beliau berkata, Perintis melibatkan aktiviti fizikal, gerak kerja berkumpulan dan program kerohanian yang dianjurkan sepenuhnya di dalam kampus induk menggunakan kepakaran dalaman.

"Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti eco escapade, iaitu program kembara melibatkan beberapa tugasan yang perlu diselesaikan sepanjang perjalanan.

"Peserta dikehendaki melengkapkan tugasan atau cabaran di setiap check point membabitkan kebolehan berfikir secara luar biasa, kesepakatan dalam pasukan serta kekuatan fizikal dan mental," katanya.

Selain itu, peserta turut berpeluang mengikuti aktiviti lasak seperti memanjat tembok tiruan dan flying fox, selain bermalam di dalam khemah di tapak disediakan.

Kemuncak kepada program tersebut, peserta membentangkan idea inovatif secara berkumpulan dalam usaha melonjakkan nama universiti ke peringkat lebih tinggi.

Beliau berkata, Perintis akan dilaksanakan bergilir-gilir mengikut jabatan dan setiap kemajuan hasil daripada program tersebut akan dinilai secara terperinci bagi memastikan objektif utama dicapai dengan jayanya.


WARTAWAN SINAR HARIAN
20 Februari 2013

Kecacatan, usia bukan halangan


Malaysia, rencana, kecacatan, usia, bukan, halangan
Kecacatan, usia bukan halangan

CACAT anggota badan sama ada kudung kaki, kudung tangan, lumpuh separuh badan dan kekurangan pada anggota badan lain mungkin menjadi penghalang kepada seseorang untuk menggapai impian seperti insan biasa.

Tambahan apabila mengetahui diri mula mengalami kecacatan akibat kemalangan setelah beberapa tahun hidup seperti insan normal menjadikan diri lebih sedih serta rasa putus asa untuk meneruskan kehidupan.

Selain itu, tidak mendapat peluang untuk meneruskan pembelajaran lebih tinggi akibat kekurangan itu sehingga usia ditelan zaman, membuatkan diri seakan sia-sia tanpa ilmu yang berguna pada diri, keluarga dan negara.

Itulah nasib yang perlu ditelan oleh Aisah Hashim, 53, apabila beliau mengalami kecacatan kudung tangan kanan pada usia tujuh tahun.

Namun berbekalkan semangat dan percaya pada kebolehan diri, Aisah dari Telok Panglima Garang hadir ke Program Jom Kursus anjuran Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL), Selangor yang diadakan barubaru ini untuk mengubah nasibnya.

Walaupun dirinya kekurangan dari segi fizikal, namun dia tetap tabah menghadapi kehidupan seperti biasa.

Dengan keadaan tangan kanannya yang kudung kerana dipotong akibat jatuh daripada tingkap - beliau tidak mendapatkan rawatan di hospital dengan segera, doktor menyarankan tangannya yang luka teruk itu dipotong demi kesinambungan hidup pada masa hadapan.

Manfaatkan ilmu dipelajari

Aisah yang mengikuti Kursus Pembinaan Blog di KKKL berkata, ilmu yang dipelajari akan dimanfaatkan dengan menceritakan kisah hidupnya sebagai orang kurang upaya (OKU).

“Walaupun menggunakan sebelah tangan, tetapi saya juga seperti orang lain yang dapat menjalani kehidupan seperti orang biasa.

“Jadi, saya akan menulis pengalaman dan kehidupan yang saya lalui sebagai OKU dalam blog yang dibina ini nanti,” katanya ketika ditemui.

Selain itu, ibu kepada tiga anak ini adalah salah seorang daripada 180 peserta Jom Kursus KKKL. Inilah yang dikatakan keistimewaan Kolej Komuniti yang tiada pada institut pengajian tinggi lain apabila memberi ruang serta peluang kepada semua golongan tidak kira bernasib baik ataupun tidak untuk menggapai impian.

Berbakti kepada komuniti adalah salah satu usaha dibawa kolej ini sebagai kolej yang membantu golongan luar bandar, terutamanya untuk menuntut ilmu walaupun dilanda pelbagai kepayahan serta faktor usia.

Peserta warga emas

Tambah istimewanya apabila kursus ini bukan sahaja terbuka kepada golongan muda, tetapi warga emas turut diberi kesempatan mengikuti kursus yang ditawarkan mengikut minat masing-masing.

Buktinya, seorang suri rumah yang juga warga emas, Endon Dawi, 72, dari Kampung Chantek berkesempatan mengikuti kursus internet yang ditawarkan.

Katanya, melalui program itu beliau dapat meluangkan masa dengan komuniti dan berasa amat gembira dapat menimba ilmu baru.

“Walaupun sudah berusia, saya gembira kerana dapat ke kolej dan bertemu dengan rakan baru serta menuntut ilmu yang sangat bermanfaat pada diri serta kawan yang lain,” jelasnya.

Dalam program tersebut, KKKL menganjurkan lapan kursus yang dijalankan serentak iaitu Kursus Melayari Internet, Pembinaan Blog, Etika Penampilan Diri, Etika Meja Makan, Kecergasan dan Kesihatan, Pengurusan Masa,  Pengurusan Restoran dan Tarian 1Malaysia.

Selain OKU dan warga emas, Jom Kursus juga mendekati masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Judah, Pulau Carey.

Reena Bidin, 18, berkata, beliau yang pertama kali mempelajari ilmu mengenai internet berasa seronok kerana sebelum ini tidak pernah didedahkan dengan perkara sedemikian.

“Saya dapat mengetahui banyak perkara dengan mengikuti Kursus Melayari Internet.

“Dunia ilmu tanpa sempadan membolehkan saya berhubung dengan ramai orang di luar sana,” katanya ketika ditemui pada kursus tersebut.

Peluang yang perlu direbut

Usaha murni ini akan diteruskan KKKL pada masa akan datang selagi mereka mampu membantu masyarakat mendapatkan pendidikan lebih baik, seterusnya memperoleh pengetahuan baru kerana kolej ini sahaja yang memberi ruang kepada semua golongan untuk mengikuti kursus yang diidamkan.

Pengarah KKKL, Zainah Rujihan berkata, KKKL sentiasa mengalu-alukan semua orang mengikuti kursus di KKKL yang dilengkapi dengan kemudahan cukup dan mempunyai tenaga pengajar mahir.

“Kami juga mengalu-alukan kolaborasi dengan agensi awam, swasta dan industri yang ingin mendapatkan ilmu kemahiran yang ditawarkan,” katanya.

Justeru, kesempatan yang dibuka oleh KKKL ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua golongan, tidak kira kurang bernasib baik ataupun warga emas selagi diri mampu merealisasikan impian masing-masing melalui kursus pendek berkenaan.

Jangan jadikan kekurangan sebagai benteng kuat yang menghalang diri mencapai cita-cita kerana peluang yang ada hanya datang sekali.


NOOR AINULYAKIN MOHAMAD ISHAK
20 Februari 2013

Selasa, 14 Mei 2013

Perubatan yang terbaik: Kuasa Pengampun


Tips Kesihatan, Kesihatan, Jantung, Emosi, penyembuhan


Penyembuhan luka emosi tidak hanya membuat anda berasa lebih baik. Penyelidikan baru menunjukkan terdapat juga faedah kesihatan yang mengejutkan.


Cara terbaik untuk Kesihatan Jantung 

Elizabeth Nassau terkejut. Beliau telah dipanggil kawan baik dia untuk mengucapkan selamat ulang tahun, apabila tiba-tiba dia mendapati dirinya di bawah serangan. "Daripada biru, dia dilancarkan ke senarai panjang semua yang peduli tentang saya, dan dibuang saya melalui telefon," kata penulis 48 tahun dari Philadelphia.

Nassau menyalahkan cemburu: "kerjaya saya hanya mula mendapat dari tanah. Buku saya adalah kira-kira yang akan diterbitkan, dan saya memenangi anugerah untuk esei saya. Saya rasa kawan saya tidak suka bahawa saya tidak begitu memerlukan lagi. "

Beliau menghabiskan dua tahun fuming. "Setiap kali saya melihat beliau, darah saya rebus, hati saya ditumbuk dan saya begitu tegang bahawa saya betul-betul merasakan sakit."

Siapa yang tidak merasakan sengatan pengkhianatan, layanan yang tidak adil atau sesuatu yang lebih kesat? Ramai di antara kita berpaut kepada kemarahan yang terhasil dan kesakitan, tetapi yang lain tidak untuk memilih. Kajian terbaru menunjukkan bahawa belajar untuk memaafkan mereka yang menyakiti kita boleh mempunyai manfaat yang mendalam. Ia menjadi satu cara yang panas baru untuk menguruskan kemarahan, mengurangkan tekanan dan, mungkin yang paling penting, meningkatkan kesihatan.

Pada persidangan Atlanta jatuh lepas, kira-kira 40 penyelidik bertemu untuk mengkaji apa yang mereka mencari dalam menyelesaikan sesuatu kuasa pemulihan membuat keamanan. Satu kajian menunjukkan bahawa melepaskan dendam boleh mengurangkan sakit belakang kronik. Satu lagi mendapati bahawa berulang ampun terhad di kalangan wanita berjuang masalah bahan-penyalahgunaan. Salah satu projek yang menarik dibincangkan pada acara - dikendalikan oleh Kempen keuntungan Penyelidikan keampunan - digunakan imbasan MRI untuk meneroka bagaimana hanya memikirkan tentang empati dan perdamaian percikan aktiviti di sebelah kiri gyrus tengah-tengah otak duniawi, menunjukkan kita semua mempunyai pusat ampun mental bersedia untuk menjadi ditoreh.

Jadi, di atas mempunyai faedah emosi yang mendalam, penyingkiran kemarahan kita juga boleh membantu menyembuhkan sebahagian daripada apa yang merunsingkan kita secara fizikal. Tetapi bagaimana kita melakukannya? Dan apakah maknanya untuk memaafkan?

Wahyu Elizabeth Nassau datang di bertemu dengan rakannya berpisah: "Daripada berpaling, saya memberitahunya bagaimana mendalam dia telah menyakiti saya. Dia mendengar, tetapi tidak meminta maaf. Kemudian saya terkejut diri saya. Saya memohon maaf untuk melindungi kemarahan dan kebencian terhadap beliau untuk sekian lama. Seperti yang saya bercakap, saya sedar saya memaafkan dia. "

Kesannya adalah kuat. "Kemarahan saya cair," kata beliau. Nassau telah tidak diperbaharui persahabatan, tetapi kini apabila dia melihat bekas-pal, "Saya boleh bernafas dengan tenang dan hati saya tidak berdebar-debar."

Pengalaman Nassau ini sesuai dengan penemuan Fred Luskin, PhD, Pengarah Projek Pengampunan Stanford University dan pengarang ampun untuk yang baik. Luskin - cepat untuk menekankan bahawa memaafkan tidak bermakna membiarkan kesalahan itu - telah mendapati bahawa melepaskan dendam boleh mengurangkan tahap tekanan seseorang sehingga 50 peratus. Sukarelawan dalam kajian beliau juga telah menunjukkan peningkatan dalam tenaga, perasaan, kualiti tidur dan kecergasan fizikal secara keseluruhan. "Membawa seluruh beban kepahitan dan kemarahan bagaimana tidak adil anda telah dirawat adalah sangat toksik," kata Luskin.


Kortisol

Ini kerana kami sedang wayar untuk merawat mana-mana peristiwa ketegangan-mendorong, sama ada penggera kebakaran atau reliving persengketaan menggelegak, sebagai krisis. Pada masa ini, badan kita melepaskan tekanan hormon adrenalin dan kortisol, yang menyebabkan hati kita untuk mempercepatkan, nafas kita untuk mempercepatkan dan minda kita untuk bangsa. Melepaskan gula disertakan revs sehingga otot, dan faktor-faktor pembekuan lonjakan dalam darah. Ini semua tidak berbahaya jika menakutkan yang singkat (seperti kemalangan berhampiran di lebuh raya). Tetapi kemarahan dan kebencian seperti kemalangan yang tidak berakhir, menukarkan hormon bertujuan untuk menyelamatkan kita ke dalam racun.

Kesan kemurungan Kortisol pada sistem imun telah dikaitkan dengan penyakit yang serius. Bruce McEwen, PhD, pengarah neuroendrokrinologi makmal di Universiti Rockefeller di New York, kata kortisol memakai ke otak, membawa kepada atrofi sel dan kehilangan ingatan. Ia juga meningkatkan tekanan darah dan gula darah, pengerasan arteri dan membawa kepada penyakit jantung.

Masukkan pengampunan, yang seolah-olah untuk menghentikan hormon dari mengalir. Untuk kajian yang dibentangkan kepada Persatuan psikosomatik Amerika Mac lalu, Universiti penyelidik Wisconsin-Madison diambil 36 veteran lelaki yang mempunyai penyakit arteri koronari dan juga dibebani dengan isu-isu yang menyakitkan, ada yang berkaitan dengan peperangan, ada terikat kepada masalah perkahwinan, konflik kerja atau kanak-kanak trauma. Setengah orang menerima latihan pengampunan; yang lain tidak. Mereka yang mendapat latihan yang menunjukkan aliran darah yang lebih besar untuk jantung.

Hanya memikirkan tentang menyelesaikan cedera boleh membantu. Dalam satu kajian 2001, psikologi Charlotte vanOyen Witvliet, PhD, Kolej Hope di Holland, Michigan, ketagih 71 pelajar kolej untuk sensor dan mereka telah kembali pembohongan, penghinaan atau pengkhianatan oleh ahli keluarga, kawan-kawan atau kekasih. Diminta untuk membayangkan memaafkan pesalah, subjek kadar jantung yang berpengalaman dan tekanan darah dua setengah kali lebih rendah daripada apabila mereka berfikir tentang memegang dendam. "Nampaknya bahawa pengampunan boleh menjadi penawar yang kuat kepada kemarahan, yang berkait rapat dengan tekanan darah tinggi kronik dan peningkatan risiko untuk penyakit jantung," kata Witvliet.

Yang masuk akal untuk Sandra Lamb. Selepas berkembang bimbang pada tahun lepas kira-kira memandu miskin bapa 82 tahun itu beliau, wanita Denver berhadapan dia.

"Saya beritahu dia benar-benar harus mempertimbangkan tidak memandu lagi, kerana ia semakin berbahaya," kata Lamb. "Dia mendapat begitu marah dia berjabat, dan berkata, 'Saya telah memandu sepanjang hidup saya -. Dan tiada siapa yang akan mengambil kunci kereta saya. Kemudian dia memberitahu saya bahawa dia tidak pernah mahu melihat saya lagi" Lamb begitu kecewa dan marah bahawa dia tidak dapat bercakap kepada bapanya selama tujuh bulan.

Akhirnya, walaupun, dia merasakan dia terpaksa berdamai dengan dia sebelum ia terlambat. Dia pergi melawat beliau. "Saya memberitahu bapa saya, saya kesal dengan bagaimana saya mengendalikan isu memandu, dan memohon maaf kerana menyakitkan dia." Dan dia memaafkan beliau kerana celaan keluar. "Dia memeluk saya dan berkata, 'Tidak mengapa.' Saya amat gembira dan berterima kasih kepada mempunyai hubungan kami dipulihkan." Masalah kesihatan tidak lama lagi membuat pertikaian dipertikaikan memandu.

Ambil Ia Seperti Ia Adakah

Walaupun faedah, ramai di antara kita tidak akan mempertimbangkan ampun pilihan. Itu, Witvliet berkata, adalah satu kesilapan besar: "Tergantung kepada kemarahan untuk bulan atau tahun bermakna membuat komitmen untuk kekal marah."

Ambil Catherine O'Brien. Selepas perceraian 1992 beliau, Pacifica, California, pengeluar video menghabiskan tahun membenci bekas suaminya. Dia marah tentang bagaimana perpecahan hancur masa depan beliau.

"Tiba-tiba, saya adalah seorang ibu tunggal dengan seorang anak perempuan 12-tahun. Ia adalah meletihkan dan tidak mengecewakan untuk mempunyai seseorang untuk berkongsi carpools, lawatan doktor dan kegembiraan mempunyai kanak-kanak, apabila saya fikir kita akan meningkatkan keluarga bersama-sama. "

Kemarahan mengambil tol. "Saya tegang dan tegang sepanjang masa, sentiasa mendapat selesema, dan sentiasa letih," kata O'Brien.

Yang lebih menyakitkan adalah bagaimana orang lain melihat dia. "Pada satu pihak, seseorang memperkenalkan saya kepada seorang wanita, berkata, 'Suaminya meninggalkan dia juga." Saya terkejut bahawa saya akan menjadi dikenalpasti sebagai yg disakitkan hati bekas isterinya. "

Kemudian dia mendengar satu audio Fred Luskin bercakap. "Ia adalah seperti mentol lampu berlaku: Saya sedar satu-satunya orang saya adalah mencederakan diri sendiri." Dia memberitahu bekas suaminya dia bergerak dan merasakan kelegaan yang mendalam. "Berat A telah diangkat dari bahu saya, dan saya mula berasa lebih sihat."

Luskin kata menyelesaikan kemarahan itu "menggantikan perasaan bermusuhan dengan orang yang positif yang membuat badan anda berasa tenang dan santai, yang meningkatkan kesihatan." Dalam satu kajian itu, 17 orang dewasa dari Ireland Utara yang kehilangan saudara kepada keganasan pengganas mendapat seminggu latihan ampun . Tekanan mental mereka jatuh oleh kira-kira 40 peratus, dan mereka menyaksikan penurunan 35 peratus dalam sakit kepala, sakit belakang dan insomnia.

O'Brien dan lain-lain mungkin Mogok di ampun kerana mereka salah faham apa itu, menjelaskan Luskin. "Ia sama sekali tidak bermakna kesalahan itu adalah baik-baik saja, atau yang anda harus membiarkan diri anda dilayan secara tidak adil."

Walaupun pengampunan tidak adalah jawapannya, anda boleh mencari kedamaian. Julie Catalano, 51, San Antonio, lakukan - walaupun apa yang dia memanggil "kekejaman yang tidak difahami" daripada doktor haiwan katanya membiarkan kucing 19 tahun beliau, Suki, mati. Beliau berkata, kucing itu lesu apabila dia meminta bantuan. Ujian menunjukkan anemia dan masalah buah pinggang. Daripada melakukan semua dia boleh untuk menyelamatkan Suki, Catalano mendakwa, doktor haiwan melakukan pembedahan yang tidak perlu gigi dan ubat-ubatan underprescribed. (Doktor haiwan menafikannya; siasatan negeri membersihkannya dari salah laku.)

"Saya membuat keputusan yang sedar untuk tidak memaafkan - dan berasa benar-benar tidak bersalah tentang hal itu," kata Catalano. Walau bagaimanapun, kemarahan beliau mempunyai sampingan yang membina: Ia membawa beliau untuk menemui kumpulan penyokong haiwan. "Lawan untuk melindungi haiwan kesayangan yang lain adalah apa yang memberi saya penyembuhan secara rohani."

New York City psychotherapist Jeanne selamat, pengarang Pengampun dan Tidak Pengampun, berkata walaupun perdamaian asas tidak adalah jawapan bagi sesetengah orang. Tetapi jika anda tidak merebus atau merancang membalas dendam, beliau berkata, anda telah menemui kedamaian. "Tidak ada satu saiz untuk semua penyelesaian kepada jenayah hati."

Walau bagaimanapun anda meredakan kemarahan anda, pengampunan boleh berkuasa. Dan sementara anda tidak boleh mengubah masa lalu, isu-isu yang dihadapi tidak dapat diselesaikan dan orang-orang di belakang mereka boleh membawa anda ke masa depan yang lebih bahagia sihat.


Senibina yang terbaik


best architecture, walt disney concert hall, frank gehry, philharmonic

Mengambil £ 22000000 keluli struktur, memecahkan ia ke 12,500 keping individu (lebih kurang 110 kaki panjang, yang sesetengahnya mempunyai berat £ 165,000) dan berkumpul di bawah Los Angeles matahari. 

Itulah yang menakjubkan Walt Disney Concert Hall arkitek Frank Gehry itu. 

Selepas penciptaan perak bersayap dibuka pada bulan Oktober 2003, rumah $ 274,000,000 daripada LA Philharmonic mendapat "A" untuk akustik. Gehry, yang dianggap sebagai dekan arkitek Amerika Syarikat, direka dewan dari luar, dengan menggunakan 30,000 lakaran komputer. 

Di tengah-tengah adalah auditorium 2,265 tempat duduk dengan siling belayar seperti. Kata Gehry, 

"Saya mahu mencipta rasa sebuah tongkang istiadat di mana orkestra dan penonton mengambil perjalanan melalui muzik." Kerjaya cemerlang Arkitek termasuk Muzium Guggenheim di Bilbao, Sepanyol.

The Elite Group Web Umum "Turn-Key" Program Pemasaran Internet Mereka Untuk Perniagaan Bersaiz Sederhana Di Amerika Syarikat


"Elite Web Group, florida, New Products & Services, Banking & Financial Services, Human Resource & Workforce Management, Internet Technology, Multimedia & Internet


Penyelidikan menunjukkan bahawa majoriti perniagaan di seluruh Amerika Syarikat pada 2-5000000 dolar antara jualan tidak memberi tumpuan kepada kuasa internet untuk mengembangkan perniagaan mereka. Mereka menyatakan kekurangan masa dan sumber manusia berbanding dengan kekurangan dana adalah penghalang utama. The Elite Group Web bertindak balas dengan penyelesaian turn-key


FORT LAUDERDALE, Florida, 13 Mei, 2013 / PRNewswire-AsiaNet / - The Elite Group Web, pemasaran internet pembekal penyelesaian perdana telah mengumumkan pengenalan pemasaran internet utama giliran mereka pakej khusus menjurus kepada perniagaan dalam tempoh 2 - jualan 5 juta dolar antara.

"Kami telah mengumpulkan dan diselaraskan pakej produk dan perkhidmatan pemasaran internet untuk pemilik perniagaan yang mengakui besar peluang yang berpotensi yang dikemukakan oleh Internet, tetapi yang tidak mempunyai masa dan pengetahuan untuk memulakan kempen mereka sendiri.

Kami bermula dengan menjalankan analisis kompetitif yang membentuk landskap dan mengenal pasti apa perniagaan yang perlu pangkat di enjin carian utama.

Kemudian EWG menyelaras aktiviti-aktiviti yang diperlukan untuk menukar pengunjung laman web mereka ke dalam menjana pendapatan pelanggan, "kata seorang eksekutif EWG kanan. Keseluruhan proses dibuat telus kepada pelanggan dan pemilik perniagaan adalah digalakkan untuk terus menjalankan perniagaan mereka manakala keseluruhan Internet program pemasaran mereka diuruskan sepenuhnya.
Keindahan Elite program Kumpulan Web adalah bahawa keputusan yang telah ditetapkan, ditakrifkan dengan baik, dan dijamin.

Sebagai contoh, jika 70% daripada yang dipersetujui kata kunci tidak kedudukan yang pertama dua muka surat Google dalam jumlah yang ditetapkan masa, EWG akan terus bekerja tanpa sebarang kos tambahan sehingga yang mereka lakukan. "Tiada syarikat lain dalam perniagaan pemasaran internet boleh membuat tuntutan bahawa" ia telah ditambah.

Web Elite Group pasukan pengurusan kanan terdiri daripada pemilik perniagaan dan bekas eksekutif dari beberapa bidang perniagaan. Mereka telah bekerjasama dengan "terbaik" sekumpulan profesional teknikal antarabangsa. Bersama-sama, mereka mengubah kehadiran online untuk pelanggan mereka dan menukar peluang kepada dolar dan sen.

Pelanggan berpotensi yang berminat dalam memperoleh Elite Web analisis kompetitif Kumpulan atau belajar mengenai penyelesaian turn-key mereka adalah digalakkan untuk sama ada memanggil eksekutif akaun EWG di 800-720-3548 atau dengan melawat laman web mereka di www.elitewebgroup.com.

E-mel kebolehhantaran Ninja Trick




Email deliverability is a lot like SEO. Actually measuring results it is even worse. Some people still believe stats like opens and clicks are an indicator… thats a shame.

In Email you are totally guessing unless you use something like our Spamguard system. We are the only company to quantify our email deliverability but its not like we are doing anything revolutionary. Any email platform could do it… but they know the results would not be pretty. Those guys believe its much better to leave you in the dark thinking your clicks and opens is what matters. Not actually getting into the inbox.

But I digress…

One thing everyone can agree on that has a major factor is getting someone to add your contact information to their address book.

Lemme explain quick what this is for those who don’t know. Everyone has a list of contacts or “address book” in your email program. Whenever you email someone they are automatically added to that address book. People who are in your address book will override any sort of spam filter and from our experience if you have someone added to your address book then you will receive 100% of their emails.

In the Mass Email Deployment Industry this has always been the holy grail. Spammers have been coming up with unique ways hack in or manipulate systems to get their spam domains and accounts added to users address books so they can drastically increase revenue.

But lets take this to a legit company. Like one of our clients. How do we get customers to add their email address without doing anything shady?

We simply get them to reply to an email. Thats it… And you want to get them to do it right away.  Because when I write all the email copy for you I start to build a relationship.  But when the copy gets more salesy and could trip spam filters that is when we are already added to the contact list and bypass those.

Here are 2 simple tricks you can do:


  1. Double Opt In – instead of making them click on a link just have them reply to the email.
  2. Offer a discount – After you welcome them to your list offer them a discount if they just reply to the email and keep the subject intact.


There are a lot of other ways but those are 2 ways everyone here should be able to implement right away 100% automated programatically. I am sure your email provider will be able to do this for you at no charge. If not maybe its time you get on board with a enterprise level platform that works intimately with your company and really helps you grow in more ways then just email marketing.

Isnin, 13 Mei 2013

Santai iskandarX - Cara Claim Blog Dan Install Toolbar Alexa


Assalammualaikum w.b.t, dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Santai iskandarX, dan juga sahabat-sahabat is sekaliannya. Kali nie is akan tunjukkan tutorial untuk claim blog korang dalam Akaun Alexa yang dah diregisterkan itu.

Disamping tu juga, cadangan is pada korang apabila menggunakan Alexa untuk track dan rank kan site/blog korang, adalah penting serta perlu korang menggunakan browser Google Chrome. Kenapa Google Chrome? Kerana kita harus, install Alexa toolbar bagi membantu menaikkan ranking kita serta rekod backlink yang telah kita buat untuk site/blog kita.

Ok, Apa yang perlu korang selepas dah register akaun Alexa tu, korang pergi ke Alexa Toolbar, leh klik link nie Alexa Toolbar, atau shortcut terus untuk pengguna Google Chrome di sini.

Ikuti Tutorial Bergambar dibawah:


Alexa, Alexa Ranking, Claim, Toolbar



Ok jika korang sudah install maka button tu akan berwarna hijau, ini ss yang is ambik dari browser is sendiri Google Chrome. Untuk tutorial nie is remove dahulu extension Alexa nie untuk memudahkan is buat tutorial ini sebab Google Chrome tidak benarkan installation bertindan, kalau extension ada prob better remove then install yang fresh dari extention galery itu.  




Langkah pertaman, klik button yang berwarna biru itu, takper mengeluarkan peluh cuma korang ikut aja arahan seterusnya lepas klik button biru itu dan is jamin tiada kerosakkan yang akan berlaku apabila korang klik button itu.







Google Chrome akan alert korang, confirm ker nak masukkan Alexa Traffic Rank ke Google Chrome korang nie?  Kalau confirm maka korang klik pulak button Add dalam popup yang timbul itu.




Installation tak makan masa yang lama sebab toolbar Alexa nie ringan je tau. So dia akan popup pulak notis yang mengatakan korang dah pun selesai install Alexa Toolbar tersebut.


Dah install toolbar Alexa, icon Alexa akan muncul secomelnya di sebelah kanan browser Google Chrome korang tu. Untuk mengaktifkannya pula, klik icon yang ada disebelah kanan Google Chrome tu dan dia akan ke new tab dan akan muncul notis pemberitahu tentang kegunaan serta fungsi Alexa Traffic Rank ini, kalau dah puas baca dan yakin, klik confirm dan site/blog korang akan mula di rekod perjalanannya. Rujuk gambar yang is ss kan tu ok?


Ok, bila korang buat backlink untuk site/blog korang, pastikan korang klik hyperlink tersebut bila dah selesai buat tau? Kenapa? untuk memudahkan Alexa Traffic Rank tersebut yang korang install pada Google Chrome tu bekerja merekodkan segala backlink dan linkback korang. Makin banyak backlink dibuat dan diklik maka lagibanyak rekod yang dibuat dan site/blog korang akan mendapat angka giliran yang sewajarnya.

Ok tiba Tutorial untuk Claim site/blog korang, tapi tutorial nie is khaskan untuk pengguna platform blogger.com dahulu ok?

Ikuti tutorial bergambar dibawah.



Sila ke Alexa.com, klik Dashboard.


Scroll mouse korang kebawah dan klik button biru Add a site.


Di page yang korang di redirectkan itu, adalah page untuk keahlian percuma, dan lain lain mengikut bujet korang. Kalau bajet cekang sampai terkuyak poket korang leh beli keahlian yang berbayar dan amat bagus untuk promosikan blog korang, tapi bajet cekang tak cekang is sarankan pakai yang percuma pun dah ok sebab blogger2 yang power2 yang dah menempa nama kat luar sana pun sengkek gak kedikut pakai yang percuma gak.


Masukkan url blog korang ke dalam tempat kosong itu dan klik continue button.

Ada tiga method untuk verifykan blog korang ke Alexa, iaitu dibawah title blog korang, di meta html, dan keyword. is sarankan korang pakai meta verify sebab memang terbukti cara nie yang paling berkesan.

Copy code Alexa yang macam nie : <!-- sWmZyfXKkZ7WycXdxGAwOL9fS5I --> .






Seterusnya ke blogger dashboard, Template >>> Edit HTML >>> Klik ke HTML tu dan hit button keyboard korang CTR + F, dan cari <head>. Dah jumpa <head> pastekan code Alexa betul-betul dibawahnya, dan klik Save Template.



Kembali Ke Alexa tadi, Klik button Verify my ID.


Dah klik akan keluar notice Your site is successfully claimed dan blog korang sekarang dah berada dalam database Alexa. Klik Button continue.


Ok, disini korang perlu isi detail tentang maklumat blog korang dan juga maklumat diri korang bagi memudahkan promosi yang akan dijalankan oleh Alexa, dan juga bagi memudahkan Advertiser menghubungi korang direct bila blog korang dah hits ranking yang mengalihkan perhatian dorang kepada blog korang itu. Selalunya kalau Advertiser hubungi korang nie adalah disebabkan blog korang dah hits, Global Ranking ke tangga 1k.


  1. Masukkan Maklumat Blog.
  2. Pilih Nagara Mana korang Nak tengok persaingan, kalau is is pilih Malaysia.
  3. Masukkan butiran maklumat diri untuk memudahkan perhubungan.
  4. Sudah selesai masukkan kesemua butiran klik Save & Continue.



Apabila korang nampak paparan ini, makan tahniah selamat datang ke dunia Internet Marketing dan selamat datang ke dunia iskandarX. Selamat Maju jaya dan selamat mencuba, kalau ada apa-apa pertanyaan sila komen dibawah ok?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...