Memaparkan catatan dengan label zalora. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label zalora. Papar semua catatan

Khamis, 28 Mac 2013

Korang berminat dengan Affiliate Marketing?


affiliate, marketing, blog, santai iskandarX, CJ.com, Commission Junction, Zalora,


Tentu sekali tajuk entri is kali nie akan mendapat hit yang banyak kan? eleh tak respone pun konon tak nak kasi tau is la yang korang baca entri nie kan? Xper punya tak nak kasi tau pun ok sebab Google Analytic dok bagi tau is hari2.

Ok apa itu affiliate marketing? Susah is nak terjemahkan sebenarnya sebab erti affiliate adalah gabungan, hubungan atau bahasa lama-lama "orang tengah" dan bahasa modern sikit broker hahahaha, so menceburi bidang affiliate nie serupa jadi broker ok? Bukan beruk.

Jadi untuk jadi affiliate yang terbaik dan berjaya korang kena lah mengkaji macam mana seorang broker itu bekerja. Broker dan Affiliate yang ingin berjaya sebenarnya kena ada training, pengetahuan luas (general knowledge), dan juga perlu pakar dalam sesuatu produk atau services yang dia ingin jual, samaada menghafal detail, kaedah, kebaikkan serta mutu sesuatu barang atau perkhidmatan yang ingin dijualkan padapelanggan dier ok?

Tapi kebanyakkan affiliate kecundang sebab:


  1. Malas.
  2. xpernah cuba barang/produk/perkhidmatan tu pun.
  3. Kurang knowledge produk/servies.
  4. Bahasa Melayu dan English dapat Grade C masa SPM.
  5. Xsuka baca novel cinta, sains, kartun, rencana. suratkhabar, dan lain-lain bahan bacaan terkini.
  6. Jarang bercakap dengan orang luar (selain awek, boy, kekasih, isteri, suami, ibubapa, anak-anak).
Ok, kenapa perlu rajin? Sebab kita nak tahu apa benda yang orang sedang cari, nak beli, perlu perkhidmatan apa? Camner nak tahu? Survey la, buat satu poll suruh kawan2 vote, hantar email  tanya korang suka makan apa? aju warna apa? tudung jenis apa? ETC.

Perlu ker cuba produk atau perkhidmatan tu dulu? Yang nie rare kalau pernah guna barang atau perkhidmatan tu, so review affiliate korang akan lebih meyakinkan diri client korang untuk membeli barang/perkhidmatan tersebut melalui korang. Sebab dah ada pengalaman betoi dak?

Pengetahuan am tu perlu untuk menghubungkait kan sesuatu produk atau perkhidmatan yang korang promosi dengan masyarakat, persekitaran, rumah jirang, anak saudara, awek korang, kalau beli barang nie sesuai tak dengan dier? Perkhidmatan nie boleh menampung berapa orang? haa macam tu.

Aperhal SPM plak BM dan Bi kalau dapat grade C? Sebab memang sebab utama korang gagal menjual sebarang produk sebab ayat tak sangthek, prasa tak betul, imbuhan tak kena, ganda berirama tak merdu, takder pantun, ayat tak lengkap dan menyakinkan pembeli korang. So is suggest korang masuk tuisyen balik untuk memperbaiki bahasa kita demi masa depan yang cemerlang dalam bidang affiliate.

Novel ada kena mengena ker iskandarX? Yup sebab bahan bacaan yang terkini ada ayat yang syahdu, merdu, meleleh, merrrrrcik punya nak kasi pembeli korang tertarik untuk beli daaa. Cuba bayangkan korang nak jual notebook Dell yang terbaru, tapi guna ayat tahun 1970an, orang muda-muda nak beli ker? Tobat dier tak faham apa yang kita tulis kan? Sebab dier pun tak wujud lagi zaman tu.

So improve your verse style up to date. Ok untuk jarang bercakap nie lebih kurang macam kisah tak baca bahan bacaan terkini gak, sebab famili kita, kita tahu nak berbahasa dan berbunyi macam mana bilabercakap dan taip sms, tapi kalau nak cakap dengan Tasha Shila amacam? Shila Amza? Takkan nak panggil dorang oiii, yuuhuuuu, atau sebagainya kan? Hahahahahahahaaaa tobat dia antar surat saman kat korang punya hahahahaha.

Nak jadi affiliate bukan susah, senang sebab tak payah kuarkan modal bebanyak ok?, Register je jadi affiliate yang is syorkan adalah Commission Junction sebab memang dah terbukti sejak tahun 1998 lagi dan sampai sekarang dengan berjuta-jutaaaaaa merchart yang join dengan dorang. Baru nie Zalora hantar email kat is dorang cakap dorng dah join CJ.

Hi!
Saya Hazirah dari Zalora dan kami akan mengadakan promosi buat sekali sahaja untuk program affiliate. Kami akan memberi komisen sebanayak 50% untuk setiap pesanan anda bawakan kepada Zalora.
Promosi ini akan bermula pada 3 April higga ke 3 May. Ini adalah perluang terbaik bagi anda untuk menyertai program affiliate dan dapatkan komisen 6 kali lebih banyak dari sebelumnya ia itu 8% sahaja.
Selain pemberian 50% komisen, kami akan memberi anda boucer code untuk membantu mendapat pesanan juga. Sertai program affiliate kami sekarang untuk mendapatkan akses bagi kesemua material yang anda perlukan supaya mendapat komisen yang lumayan!
Jika anda baru kepada Commission Junction, anda boleh daftar disini https://signup.cj.com/member/publisherSignUp.do dan sertai program ZALORA MY dari situ.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan yang anda ingin tahu bagi promosi ini, anda boleh tanyakannya kepada saya. Juga, jika anda memerlukan material yang tertentu, jangan ragu-ragu untuk memberitahu saya dan saya akan membuatkan banner itu .
Cheers,
Hazirah 

is tahu korang kecewa dengan banyak PPC yang ada sekarang, apa kata korang beralih ke cj.com nie, bukan susah pun buat satu blog peribadi macam redmummy atau Ben Ashaari dan postkan entri yang berkaitan dengan diri korang dan juga produk yang ditawarkan oleh Zalora dalam blog korang. Takpayah mengharap sangat BE atau sponsored Post/Auditorial dari Nuffnang sangat, buat affiliate lagi best.

Banner tepi sidebar, atas headeder dan bawah post entri letak defult Zalora kalau orang tekan tak dapat apa-apa, tapi bila orang beli korang dapat komisen. Entri pulak kaitkan barangan Zalora dengan diri korang, kalau pernah beli barang Zalora lagi bagus sebab leh ceritakan pengalaman guna produk tu sendiri.

Ok ada apa-apa soalan sila komen di bawah entri is nie ok? is akan updatekan lagi tentang Commission Junction lagi secara percum tak payah pegi beli ebook, cd dan dvd, sampai pokai lepas tu gigi jari tengok is and the gang buat duit ok?

Muuuaaahhhhh sayang korang semua, baca blog is nie hari-hari tau?



Jumaat, 28 September 2012

Biaq betoi Zalora nie Raya dah habis baru nak keluar banner raya sale?


is pun terkejut bila tengok google adsense keluar iklan. Kalau setakat iklan image tu memang dah biasa lah, tambahan iklan daripada Zalora nie. Memang tak terkejut pun, memang sakan Zalora nie buat iklan, punya berniaga bersungguh-sungguh lah katakan.

<<<<< Zalora Offer 50% off tu cepat.

is memang respect dengan dropship yang satu nie, memang boleh kata hari2 Adsense publish dia punya iklan. Zalora is the Man, tapi apasal lah banner yang dok keluar tu meantime dalam dok tengah raya boleh tak keluar pulak banner yang untuk raya sale? Keluar hanya banner defultnya sahaja. Tapi dah habis raya boleh pulak keluar banner nie kat adsense.


Itu yang sebenarnya is buat is terkejut. Terkejut sikit je yang peliknya yang banyak tu. Iyalah bila orang raya tak nak plak keluar banner raya, keluar yang biasa dah habis raya baru nak keluar. Terasa hati gak aa dengan Zalora nie apasalah update campaign ads tu kepada banner yang baru, mentang-mentang sale memang off gila2 sampai bz tak update banner?

Tapi apa apa pun Zalora is salute you lah sebab dok berniaga dengan sepenuh hati, syabas dan semoga berkekalan sepanjang zaman.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...