Memaparkan catatan dengan label Pilihanraya Umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pilihanraya Umum. Papar semua catatan

Isnin, 6 Mei 2013

Demam PRU 13 dah Selesai Dengan Ubatnya Kelmarin


malaysia, Pilihanraya Umum, PRU13, santai, Santai iskandarX,


Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog is serta sahabat-sahabat sekaliannya. Akhirnya dah mendapat ubat bagi penyakit serta sakit kepada Demam PRU nie. Syukur Alhamdulillah ke Hadrat Illahi.

Walaupun kawasan is masih tidak dapat dikuasai oleh Melayu, tetapi is syukur kerana tempat yang is tinggal masih lagi di kuasai dan diterajui oleh Melayu kalau tidak alamatnya korang dah tak boleh la baca apa yang iskandarX nie nak merepek nanti di kemudian harinya.

Inilah yang dikatakan PRU, macam-macam yang kita boleh nampak, tengok, lihat, belajar dan sempadan dan tauladan. Di Penang nie pun semalam khabar datang ke telinga is di kawasan Kampung Melayu Air Itam, ada pergaduhan akan tetapi is menyeru semua agar bertenang sebab Polis Di Raja Malaysia masih lagi berpegang teguh dengan sumpah mereka , Cekap, Amanah dan Betul, dan ketenteraman di sana adalah terjamin.

Terima kasih kali sejuta kepada Pihak Polis kerena menjalankan tugas dalam mengawal keadaan yang tegang dengan penuh cekap lagi bijaksana. is tak tahulah di kemudian hari nie apa pulak yang akan terjadi pada Bumi Penang nie, maybe Kampung is pun akan tergadai kowt? Sepertimana yang dilalui oleh kampung2 di kawasan Bayan Baru dan sebagainya.

Tapi is nak ucapkan tahniah kepada semua pengundi bangsa Melayu dan beragaman Islam, TAHNIAH KERANA BERJAYA MENJUAL NEGERI SERTA AGAMA ISLAM DISEBABKAN OLEH RASA SIMPATI KEPADA SEORANG YANG HANYA BERJUANG DEMI DENDAM PERIBADI.

is tak faham kenapa dorang xnampak benda tu mungkin lepas nie tol ada atas bukit lama dan baru baru dorang nak sedar kowt? is doakan agar benda tu berlaku supaya dorang akan insaf.

Sabtu, 4 Mei 2013

Apa Persediaan Korang Untuk PRU13?


Assalammualaikum w.b.t, dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog is dan para sahabat sekalian. is dah lama tak blogging cuma asyik blogwalking dan reply comment jea sejak akhir2 nie. Bukan sengaja tapi PRU 13 dah dekat bahkan esok laa PRU 13 tu.




Esok, sememangnya crowded, maybe kecoh maybe aman, tapi is amat sekali percaya pada keamanan, seperti yang di lafaskan dalam ikrar sang panglima, Angkatan Tentera Malaysia serta Polis Diraja Malaysia, bahawasanya Malaysia akan remain smooth and peace during PRU 13 nie.

Tak perlu lah kita sibuk dan syakwasangka pada kekuatan pertahanan negara sebab sememangnya mereka adalah sesungguhnya perisai kepada seluruh rakyat Malaysia. is juga rasa tak ada perlunya blogger2 diluar sana menyebarkan khabar angin yang negara kita akan berpecah belah serta kucar kacir menjelang PRU13 nie sebab Tentera dan Polis sememangnya dilatih dan terlatih bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman negara Malaysia.

Apa yang perlu kita buat esok adalah keluar dan menuju ke tempat mengundi dan tunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat, 1 undi adalah suara keramat, yang adapat mengubah corak hidup serta nasib kita semua sebagai rakyat, maka gunakanlah kuasa keramat itu kearah jalan yang benar, tepat dan muktamat. Segala tuah dan malang, serta sengsara dan kebahagiaan itu adalah terletak ditangan kita pada esok hari.

Yang teramat penting, jelas dan nyata dihadapan kita perlu di bela dahulu nasib Agama kita terlebih dahulu sebelum keselesaan kita sendiri diperjuangkan, is harap korang semua faham apa yang is katakan, kebanyakkan politik semua kali ini is nampak seperti hendak membalas dendam untuk persendirian dan bukan untuk kepentingan rakyat maka kita sebagai rakyat Malaysia perlu berhati-hati dengan kuasa yang kita ada pada esok hari.

Ampun serta maaf is pinta jika kata-kata is ada menguriskan hati korang dalam entri kali ini sebagai rakyat Malaysia is hanya cintakan keamanan, demankan keharmonian seperti mana pemimpin2 yang terdahulu kita laungkan agar kekal sepanjang zaman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...